Monday, December 3, 2012

D.I.A.M




Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan.. 

Tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

Kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

Maka..

Jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
Seharusnya kita DIAM..
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
Berkatalah sehingga mereka DIAM… ♥

Tuesday, November 13, 2012

Maafkan Aku..

jika aku mampu, sebolehnya tidak aku mau menyusahkan orang disekeliling aku... biar aku tanggung semuanya, tapi aku ini hanya manusia biasa, punya kekurangan dan kelemahan... apa yang mampu hanya  memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang sudah aku lakukan sehingga menyinggung perasaan orang lain... aku tidak tahu sampai bila tuhan pinjamkan nyawa ini untuk jasad yang juga aku pinjam... mungkin esok, mungkin lusa, atau mungkin selepas ini... tapi aku harap semoga tuhan masih mahu melanjutkan pinjaman ini, supaya aku boleh memperbaiki kesilapan, menjernihkan keadaan.

mungkin berdiam diri itu lebih baik.
aku maafkan semua.



Sunday, August 12, 2012

Rutin harian

Assalamualaikum.. Hari ni mcm biasa la rutin aku ni, jaga kedai kecilku... Owhh.. Hari ni jugak aku tolong adik aku Amukuz, buat blog untuk biz dia... Hehhe... Nnt da siap br aku bgtau apa address blog dia... Surprise la konon... Heheh... Emm k la.. Nnt sambung ye... Tata titi tutu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 18, 2012

Percubaan...

Testing.. Testing.. 1 2 3...
Sekian lama aku mau mengupdate blog via mobile... Akhirnya aku
berjaya... Yeaahhh... Heheheh... I like.. I like :)

--
Sent from my mobile device

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...