Assalamualaikum laman belog ku..
hari ini aku mau minta maaf yang teramat-amat sangat dengan my siblings sebab tidak dapat join kamu berkumpul. lebih-lebih lagi untuk celebrate birthday aku.. terharu rasanya.
bukan tidak mau join, tapi aku rasa adalah lebih baik aku tidak ada. takut nnt majlis berjalan tidak seperti yang disangkakan. ya la. tidak bagus jugak kalau lepak sama2 tapi tidak bertegur sapa. salam mcm biasa tapi teda cerita. nnt aku pulak terasa hati, sedih kan. mungkin adik beradik yang lain tidak perasan apa yg sudah terjadi, tapi tidak apa, pada aku itu lebih baik.
wahai abang dan adik2ku sekalian. aku bukan tidak mau menghargai apa yang sudah kamu cuba buat untuk aku hari ini. Demi Allah aku sangat2 gembira. tapi apakan daya, aku tidak mampu melawan perasaan ini. buat masa sekarang ini aku mau cuba untuk mengasingkan diri, ini cuma bersifat sementara, untuk merawat hati yang duka. dan pada aku cara ini la yang terbaik.
aku harap kamu tidak la salah anggap dengan aku. biarpun pada zahirnya aku tau sekarang ni pasti macam2 anggapan kamu kan. tak pa, itu hak kamu, sebab kamu tidak tahu. jangan risau, aku maafkan kerana Allah Taala. dan aku harap kamu jugak boleh maafkan aku.
No comments:
Post a Comment