Alhamdulillah, hari ini aku sempat menghirup udara-Mu yang terus memberi aku nafas kehidupan buat tahun yang menganjak ke-31. Bersyukur sangat-sangat, pada usia begini Kau masih melimpahkan aku dengan kasih sayang-Mu yang tidak dapat ku balas selain amal dan pujian kepada-Mu, Tuhan yang Maha Esa. Kau Maha Mengetahui akan perjalanan hidup ini dan Kau Maha Arif akan kehadiranku di dunia pinjaman ini. Aku masih berkeluarga. Sementara Kau pinjamkan aku pada mereka dan mereka pada aku. Biar mereka mendapat sepenuhnya pembelaan kehidupan daripada aku. Banyak lagi kekurangan yang perlu aku lunaskan sebelum tiba masa aku dijemput-Mu. Peliharalah kesihatanku supaya jasad ini dapat terus melakukan tugas yang Kau amanahkan padaku. Halalkan lidah dan perbuatanku supaya dapat kutitip dakwah seruan-Mu dalam kerja aku dengan caraku. Kau Maha Mengetahui mengapa kau meletakkan aku ditampuk ini. Wallahualam. Siapalah aku atau sesiapa pun untuk meghakimi kurnia ini jika ini juga kelebihan yang Engkau anugerahi untuk ku pinta rezeki bekal hidup yang sementara.
Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau terus titipkan pesan-pesan sayang-Mu pada mereka yang rapat denganku supaya terus mengingatkan aku seandainya aku lalai dalam amalku, dalam ibadatku, dalam kerjaku, dalam sukaku, dalam dukaku dan dalam tanggungjawabku. Kau anugerahkan aku dengan suami yang sentiasa bersamaku pada waktu senang dan susah, saudara yang sentiasa ada pada setiap masa. Juga sahabat yang ada pada waktu tawa dan tangis. Kerana anugerah yang tinggi ini aku terus melangkah yakin kerana aku tahu Engkau ada wakilkan pada mereka untuk membimbing aku ke arah-Mu. Kerana kasih-Mu Ya Allah, Kau berikan kelebihan limpah padaku, untuk turut mendapat perhatian dari ramai mata lain supaya langkahku tidak pincang dan dipelihara selalu.
Ya Allah, aku ikrarkan janji untuk cebisan nyawa yang masih ada ini, juga untuk aku jadi pembela pada yang pincang, lemah, sakit, kerdil, rapuh, teraniaya dan yang memerlukan. Akan aku abadikan harta yang Kau berikan, akal yang Kau anugerahkan dan kudrat yang Kau limpahkan untuk mereka yang juga menumpang sementara di perjalanan dunia seperti aku. Ya Tuhan sekelian alam, 31 tahun Kau bentuk diriku, dan semua yang baik daripada-Mu dan yang buruk daripadaku jua. Bersyukur aku kepada-Mu kerana masih boleh lagi aku memohon keampunan kepada-Mu pada hari Kau terima aku kedunia ini. Sesungguhnya aku terlalu takut pada neraka-Mu. Maka salurkan aku kudrat untuk terus mengingati-Mu dalam harianku, seandainya hari lahir yang ke-32 tidak sempatku gapai, matikan lah aku pada iman-Mu, dalam agama-Mu, pada syiar-Mu, pada hidayah-Mu dengan cara yang tidak menyakitkan dan mengaibkan.
Ya Rahman Ya Rahim. Alhamdullillah dengan rezeki yang Kau berikan. Biar sekecil mana habuannya, aku tetap bersyukur atas pemberian-Mu. Jangan kau gelapkan mataku untuk rezeki yang bukan milikku, yang bukan keredaan-Mu dan yang dikaut bukan untuk dikongsi. Ringankan tanganku untuk memberi, untuk menghulur dan untuk menderma. Halakan seleraku untuk yang Kau halalkan dan bukan yang Kau haramkan dan laknati. Buka pintu hatiku untuk berbelanja kearah-mu dan agama-Mu. Ya Allah peliharalah kata-kataku supaya yang di ucap bakal menjadi ubat, yang ditutur bakal menjadi penawar, yang diluah bakal menjadi madu dan yang di kata bakal jadi perindu. Doaku supaya kasturi janji-Mu akan menjadi penyegar nafasku.
Ya Qayyum, puji-pujian ke atas-Mu yang membenarkan aku berdiri, melangkah dan berlari lagi walau pernah langkahku silap, walau pernah langkahku sumbang, walau pernah langkahku jelik. Kau beri lagi tulang dua kerat ini untuk ku hayunkan seirama dengan usia matang ini. Ya Wahid. Pada ketika umurku setinggi ini, kau masih benarkan tangan ini dihayun. Akan aku guna untuk angkat ke langit berdoa mendapatkan syafaat-Mu. Biar tinggi tanganku seperti yang Kau benarkan di Mahsyar dunia dengan izin-Mu dulu. Tangan ini aku rasa seperti terlalu kecil untuk menampung rahmat-Mu yang besar. Berikan tangan ini deria rasa yang berkekalan supaya dapatku rasakan butiran tasbih mengahadkan diri-Mu. Dengan izin-Mu jua, pada ketika ini jejari di tangan ini bisa memetik kekunci huruf di depanku untukku luah rasa syukurku. Tiada yang lebih Esa selain diri-Mu. Letakkan tangan ku ini diatas untuk ku genggam tangan dibawah. Ringankan tanganku ini supaya tidak liat untukku berkongsi rasa, senang dan harta yang Kau pinjamkan bersama yang tiada dan memerlukan. Pada usia ini terasa ingin tangan ini memeluk Dadyku yang kini sudah bersama-Mu. Tangan yang dipimpin Dady ini dahulu, kini ku angkat untukku doakan kebahagiaan Dady disana bersama Pencipta seluruh semesta alam dan segala yang terkandung didalamnya, samada di lautan, di daratan, diudara hatta diperut bumi ini sekalipun. Tangan inilah yang di basuh mamaku dahulu tanda menyucikan diri. Sesuci kasih Mama, aku gunakan tulang ini juga untukku tadah ke hadrat-Mu, semoga Kau terima suci cinta Mamaku pada-Mu. Ya Allah, Tuhan pencipta sekalian alam. Ampunkan dosa terkumpulku yang kian tahun kian menggunung dan hapuskan terus menjelang aku menghadap-Mu kelak.
Aku terlalu takut pada seksaan-Mu, Ya Allah. Pada insan yang aku berhutang kemaafan, ampunkan jika aku meluka, mengguris dan menyakitkan hati kalian. Ku pinta juga halalkan segala makan minumku sepanjang tempoh aku mengenali dan bersama kalian. Atas doa sejahtera kalian juga aku masih berkesempatan diraikan untuk kesekian kalinya dengan nyalaan dian yang kian bertambah. Sesungguhnya tiada kenangan buruk yang ingin aku abadikan melainkan yang indah-indah semata. Kerana pada aku baik buruknya pengalaman itu semua berguna untuk aku memperbaiki diri aku yang penuh kealpaan, serba naïf dan kekurangan. Minda ini sudah semakin lemah untuk mengingat yang menyakiti aku, yang menikam belakangku, yang menghunus rusukku, yang megherdik telingaku, yang menguris persaanku dan yang meracuni semangatku. Minda ini sentiasa cuba menguis rasa benci itu supaya dapat disiram dengan rasa maaf, semoga kemaafan juga yang aku temui. Maafkan aku kawan, maafkan aku teman, maafkan aku mama, maafkan aku kanda dan dindaku. Maafkan aku semua.
Ampunkan aku Ya Allah. Biar esok bila aku dilahirkan semula supaya bersedia untuk dikembalikan. Amin.. Amin… Ya Rabbal Alamin….

Hello...
ReplyDelete