Wednesday, February 2, 2011

Bulan Cinta..

         Bulan Februari... ramai ataupun mungkin seluruh manusia di muka bumi ini.....yang mengaitkan bulan ini sebagai bulan cinta... ya lah.. sepertimana yang kita tahu.. tanggal 14 Feb setiap tahun di istiharkan sebagai Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine Day... kadang2 terlintas dalam hati... kenapa ada perlu ada hari untuk kekasih?... abis hari yang lain tu macam mana?... hahaha... mungkin pada sesetengah orang, hari ni sangat memberikan impak yang sangat besar pada mereka... dan tidak kurang jugak yang langsung tidak ambil peduli... macam mana hari ini boleh wujud dalam hidup kita?.. Okey... setakat yang aku tau...
           Valentine's Day dikatakan merujuk kepada kisah seorang paderi atau wali Kristian yang berusaha untuk menghubungkan kasih sayang diantara lelaki dan wanita... Kononnya pada zamannya, pemerintah melarang lelaki dari berkasih sayang kerana memerlukan mereka sebagai tentera... dan sebagai tentera, mereka kena fokus kepada peperangan dan bukannya kekasih... Namun terdapat seorang paderi yang melanggar perintah itu, dan paderi itu bernama Valentine... Dia sentiasa berusaha mengajak lelaki dan wanita untuk berkasih sayang.... Pemerintah mendapat tahu, dan paderi itu ditangkap dan dipenjarakan, namun begitu dia tetap meneruskan usahanya untuk menghubungkan kasih sayang ketika dalam penjara.... Akhirnya dia dihukum bunuh pada 14 Feb.... menurut cerita, sebelum beliau dijatuhkan hukuman, dia telah menulis sekeping kad kasih sayang yang di alamatkan kepada anak gadis penjaga penjara kerana gadis itu telah menjadi sahabat yang sangat setia sepanjang paderi itu di penjara..... dalam kad itu tertulis... "FROM YOUR VALENTINE.".... dan bermula dari situ la tersebarnya amalan menulis nota2 cinta dikalangan mereka dan kita sekarang ni..... hehehe..
         Macam tu la lebih kurang cerita dia yang mahsyur tersebar mengenai asal usul Valentine's Day.... hmmmm bercakap tentang ni jugak... teringat masa sekolah dulu... setiap 14 Feb bermacam2 aktiviti yang dilakukan untuk 'celebrate' hari ini... contohnya ucapan2 cinta yang daripada 'boyfriend', 'girlfriend' dan tidak ketinggalan jugak daripada 'secret admire'.... so sweet... kiriman bunga, coklat menjadi satu lambang cinta untuk hari tersebut... aku pun dapat sekuntum mawar n satu kotak coklat dari 'YOUR SECRET ADMIRE'..... hahha... sampai sekarang aku tidak tau sepa yang bagi.... tapi aku rasa kawan2 aku saja kenakan aku time tu... i guess.....hmmm siapa ya?...
          Pada aku teda yang menarik sangat tentang Valentine's Day ni... sebab setiap hari adalah hari untuk aku menyayangi insan2 yang ada di sekeliling aku....  pada aku,  tidak perlu tunggu 14hb Feb untuk datang menyapa aku untuk mengucapkan "I LOVE U" kepada insan2 yang aku sayangi... sebab setiap hari aku sayang mereka.... tapi ramai yang faham setiap 14hb Feb digunakan untuk mengeratkan dan memperbaharui kasih sayang... hmmm.... n this is what cross in my mind.... kata la 24hb Feb 2011 kasih sayang sudah luntur, nak tunggu sampai 14hb Feb 2012 depan ka untuk mengukuhkannya semula??... well..  I guess not... so i hope you all got a clear picture here......what i'm trying to say is.. EVERY DAY IS A DAY OF LOVES... but.. what more can I say... setiap orang ada pendapat mereka sendiri...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...