Wednesday, February 2, 2011

Bulan Cinta..

         Bulan Februari... ramai ataupun mungkin seluruh manusia di muka bumi ini.....yang mengaitkan bulan ini sebagai bulan cinta... ya lah.. sepertimana yang kita tahu.. tanggal 14 Feb setiap tahun di istiharkan sebagai Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine Day... kadang2 terlintas dalam hati... kenapa ada perlu ada hari untuk kekasih?... abis hari yang lain tu macam mana?... hahaha... mungkin pada sesetengah orang, hari ni sangat memberikan impak yang sangat besar pada mereka... dan tidak kurang jugak yang langsung tidak ambil peduli... macam mana hari ini boleh wujud dalam hidup kita?.. Okey... setakat yang aku tau...
           Valentine's Day dikatakan merujuk kepada kisah seorang paderi atau wali Kristian yang berusaha untuk menghubungkan kasih sayang diantara lelaki dan wanita... Kononnya pada zamannya, pemerintah melarang lelaki dari berkasih sayang kerana memerlukan mereka sebagai tentera... dan sebagai tentera, mereka kena fokus kepada peperangan dan bukannya kekasih... Namun terdapat seorang paderi yang melanggar perintah itu, dan paderi itu bernama Valentine... Dia sentiasa berusaha mengajak lelaki dan wanita untuk berkasih sayang.... Pemerintah mendapat tahu, dan paderi itu ditangkap dan dipenjarakan, namun begitu dia tetap meneruskan usahanya untuk menghubungkan kasih sayang ketika dalam penjara.... Akhirnya dia dihukum bunuh pada 14 Feb.... menurut cerita, sebelum beliau dijatuhkan hukuman, dia telah menulis sekeping kad kasih sayang yang di alamatkan kepada anak gadis penjaga penjara kerana gadis itu telah menjadi sahabat yang sangat setia sepanjang paderi itu di penjara..... dalam kad itu tertulis... "FROM YOUR VALENTINE.".... dan bermula dari situ la tersebarnya amalan menulis nota2 cinta dikalangan mereka dan kita sekarang ni..... hehehe..
         Macam tu la lebih kurang cerita dia yang mahsyur tersebar mengenai asal usul Valentine's Day.... hmmmm bercakap tentang ni jugak... teringat masa sekolah dulu... setiap 14 Feb bermacam2 aktiviti yang dilakukan untuk 'celebrate' hari ini... contohnya ucapan2 cinta yang daripada 'boyfriend', 'girlfriend' dan tidak ketinggalan jugak daripada 'secret admire'.... so sweet... kiriman bunga, coklat menjadi satu lambang cinta untuk hari tersebut... aku pun dapat sekuntum mawar n satu kotak coklat dari 'YOUR SECRET ADMIRE'..... hahha... sampai sekarang aku tidak tau sepa yang bagi.... tapi aku rasa kawan2 aku saja kenakan aku time tu... i guess.....hmmm siapa ya?...
          Pada aku teda yang menarik sangat tentang Valentine's Day ni... sebab setiap hari adalah hari untuk aku menyayangi insan2 yang ada di sekeliling aku....  pada aku,  tidak perlu tunggu 14hb Feb untuk datang menyapa aku untuk mengucapkan "I LOVE U" kepada insan2 yang aku sayangi... sebab setiap hari aku sayang mereka.... tapi ramai yang faham setiap 14hb Feb digunakan untuk mengeratkan dan memperbaharui kasih sayang... hmmm.... n this is what cross in my mind.... kata la 24hb Feb 2011 kasih sayang sudah luntur, nak tunggu sampai 14hb Feb 2012 depan ka untuk mengukuhkannya semula??... well..  I guess not... so i hope you all got a clear picture here......what i'm trying to say is.. EVERY DAY IS A DAY OF LOVES... but.. what more can I say... setiap orang ada pendapat mereka sendiri...

Sunday, January 30, 2011

Penghujung Januari 2011

Hmmm... sedar tak sedar... sudah sampai ke penghujung bulan Januari pulak kan... mcm tidak terasa masa ni berlalu.... terlalu banyak yang ingin dikejar... sehinggakan masa seperti merajuk dengan aku.. jarang sekali menyapa aku untuk memberitahu yang dia ingin berlalu pergi... atau aku yang terlalu ego untuk menerima hakikat bahawa usia aku ni semakin meningkat dari hari ke hari.... 9 Feb 2011 nanti.. genap la umur aku 31 tahun... apa yang aku sudah capai untuk jangka waktu umur aku yang sudah melebihi setengah abad sebegini?... Berkahwin?.. Sudah... kini aku sudah 2 tahun melayari alam perkahwinan dengan suami yang tersayang... Bersyukur kehadrat Ilahi yang Maha Kuasa menemukan aku dengan seorang insan yang sangat menyayangi aku, bertanggungjawap dan selalu berada di samping aku di kala suka dan duka. Kadang2 aku tertanya2 adakah aku mampu menjadi seorang isteri yang baik untuk dia?... Aku sedaya upaya ingin menjadi yang terbaik untuknya, seperti mana dia mau menjadi yang terbaik untukku. Cuma aku ini bukan seorang yang pandai menunjukkan rasa sayang... bukan malu... tapi mmg tak tau mcm mana mau tunjuk... heheheh... ntah... cara cakap jauh sekali... aku sedar aku ni bukan seorang yang tau berbahasa lembut... biar aku berusaha untuk menghaluskan suara... namun aku jadi seperti tidak ikhlas... sbb itu bukan aku... bukan la aku maksud kan yang aku ni terlalu kasar... cuba kadang2 orang rasa aku ni kurang ciri2 keperempuanan... yalah... lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa, kalau nak cakap pun halus2 saja suara.... TIDAK ADA... NO... NADHA... NEHI... apa lagi?... Chewahh... well, what can I say... IT'S ME!!!... hmmm... ok lah... ada kerja mau buat... so nanti ada masa aku topup lagi yaa.... hahahha... mcm ada yang mau baca kan... okey, until next time... daaaa... muahhxxxx

Friday, January 7, 2011

Masih Meneroka....

     Hmm hari ni aku masih lagi meneroka alam blog ni.... hahhaha... mesti kalau ada orang yang terbaca blog aku ni... mesti ada yang akan cakap.. "eee.. tu pun ndak tau buat"... "punya la senang tu..." . Ya, memang la mereka akan cakap begitu kalau sudah mahir benda2 mcm ni.... tapi kalau yang tidak tahu langsung mcm mana?.... mungkin blog aku ni boleh membantu diorang untuk berani mencuba.... maybe sudah lapuk bagi sesetengah orang... tapi masih sangat baru untuk aku..... hehehe... biasa lah kan... baru berjinak2...

     Hari ni aku dapat khabar gembira dari seorang kawan rapat aku... dia akan melangsungkan pertunangan dengan insan tersayang bulan depan ni... Wow... Bulan Cinta gituuu...Alhamdulillah... tercapai jugak hasrat dia untuk hidup berpasangan... hehehe... aku doakan semoga bahagia... jangan lupa jemput kalau mo kawin nanti aaa... if posibble.. aku mo jadi photographer kamu ni... hahahha... perasan...

Thursday, January 6, 2011

Still Xploring...

         Rutin harian mcm biasa.... hari ni masih lagi menerokai alam blog ni... banyak pulak kebaikan blog ni kan... ya la... selama ni aku asyik baca blog orang saja... kadang2 terdetik dalam hati... mcm mana diorang bleh buat blog ni aaa... terlalu banyak percubaan yang aku buat untuk menjayakan blog2 aku yang terdahulu... tapi... GAGAL... pasal tidak paham mcm mana mau organize... ndak tau apa function2 dia... mcm mana mo post... pokoknya... TIDAK TAU LA... tu la maka nya orang cakap BELAJAR... terima kasih jugak aku ucapkan kepada buku2 rujukan yang ada... ya lah kata orang alah membeli menang memakai... tidak rugi pun beli buku2 tu... hahhaha.... Alhamdulillah.. setakat ni ada jugak la yang sudah boleh aku post sebagai permulaan ni... semoga apa yang aku taip ni boleh menjadi kenangan aku nanti bila aku sudah menjadi seorang BLOGGER YANG SUKSESS!!...

        Terima kasih banyak2 kepada buku-buku yang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang yang berani untuk gagal dan menerima kegagalan... buku DARE TO FAIL dan buku LALUAN KE-2 KE PUNCAK, banyak mengajar aku untuk tidak berhenti berusaha... heheheh... anggap la kegagalan tu sebagai dorongan kita untuk lebih berjaya... pada saya satu KEGAGALAN yang di tambah dengan USAHA adalah KUNCI untuk membuka pintu KEJAYAAN.... hehehe... kenapa aku kata begitu... hanya aku yang tau.. chewahhh..

Wednesday, January 5, 2011

Percubaan Pertama Aku Ber-Blog..

         Hari ni for the first time aku cuba bloging. Hehehe.. ya la... sebelum ni tulis dalam buku journal saja.. banyak jugak yang miss.. kadang2 tu malas mo menulis.. sebab sakit jari ni menulis... but kalau taip2 ni... macam best saja... anggap mcm chatting dengan kawan2.. heheheh... best pulak ni tau...

         Hari ni aku dapat berita yang aku dapat anak saudara baru... Lahir semalam 4hb Jan 2011... baby girl gitu... Anak Ajie & Echa.. huhuhu tidak sabar mo balik tinguk dia... Siapa nama Ajie mo bagi dia aaaa?... Anak dia yang pertama nama Danish Syazrie, kedua Dhania Syahira... ni yang baru ni.. agaknya siapa ya... hmmm... mau teka la... Dynaz Syaziera... atau.. Dhalia Syazurie... hahahha... pandai2 pulak aku ni bagi2 nama....hehehe... mana tau kena terima kan.. Siapa yang tau kannnn....


Tada... Ni la anak saudara aku yang baru...
Say Hi to DAIRISH SHAZNY
 V (^_^) V

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...